Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Sejarah Sekolah


 Merlimau English School terletak berhampiran dengan pekan Merlimau. Murid-muridnya mencapai
sehingga melebihi seribu orang yang terdiri daripada berbilang bangsa.
Pada Tahun 1970 Merlimau English School ini telah diubah nama kepada 
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Merlimau.
Pada tahun 1973 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Merlimau dipecah kepada dua buah
sekolah dan dua pentadbir (Guru Besar) di bawah satu bumbung. Ia menjadi sekolah gred B.
Ia  mula dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Merlimau Satu dan Sekolah Rendah Kebangsaan
Merlimau Dua. Sessi persekolahan diadakan secara bergilir ia itu enam bulan sebelah pagi dan enam
bulan sebelah petang.

Pondok Panitia dan Menunggu
Sekolah Rendah Kebangsaan Merlimau Dua bermula pada tahun
1973 dan Encik Zainal Abidin bin Hj Ahmad sebagai Guru Besar.
 Sekolah ini mempunyai bilangan murid melebihi 500 orang yang terdiri daripada berbilang bangsa.Tenaga pengajarnya seramai 24 orang
Selama tujuh bulan, En.Zainal Abidin telah ditukarkan ke Jabatan
Pelajaran Melaka. Tempat beliau telah digantikan oleh 
Encik Zakariah bin Mat.
Pada tahun 1981 Sekolah Rendah Kebangsaan Merlimau Dua 
berpindah ke bangunan baru yang terletak di km 26 Jalan Jasin,
Merlimau. Keluasan tapaknya ialah 5.4 ekar. Pada mulanya sekolah ini terdiri daripada dua buah
bangunan dua tingkat ,sebuah kantin dan sebuah padang.
Pada tahun 1986 sekolah ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka 
Yang Berhormat Datuk Seri Rahim bin Tambychik.

Encik Zakariah telah berpindah ke sekolah kawasan Bandar Melaka dan digantikan oleh 
Tuan Hj.Salleh b Abdul Rahman. Pada masa ini keramaian murid masih lagi di tahap 500 orang.

Pada tahun 1988 sebuah lagi bangunan didirikan di atas nama Projek Gotong Royong. 
Bangunan itu dinamakan Bangunan C. Pada bulan April 1994 Tuan Haji Salleh telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu dan diganti oleh Pn. Rahmah bt Hashim.

Tandas Murid
      Sebuah lagi bangunan empat tingkat dibina pada tahun 1998 dengan menempatkan bilik darjah, Perpustakaan, Pusat Sumber dan Bilik Komputer. Jumlah semua bangunan menjadi empat buah bangunan iaitu Bangunan A,B,C dan D dengan jumlah murid dalam lingkungan 470 orang. Tenaga pengajarnya seramai 25 orang, seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah, 3 orang Pekerja rendah Am dan seorang Pengawal Sekolah.

Pada awal 2001 Pn Rahmah telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan
Pernu. Encik Sarip b Jais dari Sekolah Kebangsaan Telok Mas telah menjadi Guru Besar yang baru.
Encik Sarip telah bersara pada Januari 2004. Encik Tan Kwee Lim pula dari Sekolah Kebangsaan
Bandar Hilir menjadi guru besar bermula Julai  2004.
Pondok Bacaan
Berakhirnya bulan Mac 2009, En. Tan Kwee Lim meninggalkan
sekolah ini dan meneruskan khidmatnya ke Sekolah Kebangsaan
Sri Bandar, Melaka. Bermula April 2009,  Sekolah Kebangsaan 
Merlimau 2 kini  menerima Guru Besar yang baru iaitu En. Zulkafli
bin Aziz dari Sekolah Kebangsaan Datuk Hj Baginda.

Awal Oktober 2011, sekali lagi sekolah ini menerima Guru Besar
yang baru setelah Tuan Hj Zulkafli bin Aziz berpindah ke SK Batu
Gajah. Guru Besar yang baru ialah Puan Hjh Aishah binti
Mahmood yang berpindah dari Johor Bahru.

Sebagai pengakhir kata diharap sekolah ini akan mencapai tahap
prestasi yang membanggakan . Semua pencapaian cemerlang yang
telah ditempa akan diteruskan oleh generasi yang akan datang.
Kecemerlangan dan kegemilangan akan berterusan yang dapat
melahirkan warga yang berwawasan dan beriman sejajar dengan arus pembangunan negara

1 comment:

  1. Aku lh batch pertama yg masuk ke sek baru pada pertengahan tahun 1981..semoga skolah ni maju jaya dn melahirkn ank2 bangsa yg berguna.. Terima kasih guru2 aku terutama cikgu siti sapura.. Cikgu bahari . Cikgu sara.. Cikgu ramli guru besar cikgu zakaria bin mat yg telah mendidik aku dn rakan2 menjadi insan yg berguna.. Moga pnjang umur dn jika ada yg telah kembali ke rahmatullah aku doa akn noga mereka di tempat kn bersama org2 yg beriman..

    ReplyDelete